KURSUS SIAP SIAGA Silat Cekak Hanafi (KHUSUS UNTUK PELAJAR YANG SEDANG MENUGGU KEPUTUSAN SPM)
Assalam mu alaikum.
Masa menunggu keputusan SPM perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyi apkan diri pelajar untuk menghadapi masa depan kehidupan mereka.
Pada umur remaja ini, mereka adalah terdedah sebagai sasaran kepada golongan penjenayah, serta menjadi objek godaan kepada gulungan yang rosak akhlak, yang boleh merosakan masa depan mereka.
Disatu sudut pula pelajar perlu bersedia sepenuhnya untuk melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi atau pun untuk memulakan kerjaya mereka.
Kursus Siap Siaga Silat Cekak Hanafi diolah bagi menyediakan remaja supaya bertanggung jawab untuk menjaga diri serta bersedia menerima cabaran bagi memajukan diri sendiri.
Dengan tema “Diri Kita Tanggung Jawab Kita” kursus ini bermatlamat untuk menimbulkan rasa dan keazaman peserta untuk bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka sendiri, dan menginsafi bahawa kehidupan adalah saatu rahmat yang tidak sekali boleh dipersia siakan.
Kursus selama taiga bulan ini akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman didalam bidang yang dipertanggung jawabkan.
Modiul yang di adun khas mengandungi pengisian yang berikut.
1. Mempelajari Silat Cekak Hanafi sehinga tammat dan mendapat Sijil.
2. Membetulkan infra struktur diri dengan menghayati sifat manusiawi:
- Panduan menjaga Jasad. - Kewarasan Minda - Ketenangan Jiwa - Sifat Mengenang Jasa, Khususnya Ibu dan Bapa. - Memahami konsep kehidupan. - Asas tauhid - Budaya Menyerap Ilmu.
3. Melengkapkan Diri Dengan Kemahiran asas:
- Pengurusan masa - Kaedah Penyelesaian Masalah - Kemahiran Berkomunikasi - Menggubal Perancangan Yang Realistik - Bajet dan Pengurusan Kewangan Diri - Teknik Tenik Belajar Cemerlang - Pemilihan Kursus Selepas SPM - Menghadiri Temuduga - Membuat Resume - Persediaan Menghadapi Kegagalan - Kemahiran Berorganisasi.
Kursus ini akan diadakan selama 3 Bulan, bermula 7hb.Disember 2009 sehingga 29.Febuari 2010. Kelas akan diadakan pada setiap hari isnin hingga jumaat setiap hari, dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tgh, kecuali hari jumaat hingga jam 12.00 tengahhari.
Semua aktiviti kursus akan diadakan di Bangunan Akedmi Silat Cekak Hanafi di No.3 Lorong Kiri 1, Kampong Datuk Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
Bagi tahun ini kursus hanya dibuka kepada keluarga terdekat (anak, adik beradik, sepupu dan anak buah ) ahli Silat Cekak Hanafi, dan jumlah minimum peserta seramai 10 orang dan jumlah maksimum 40 orang sahaja.
Bayaran Kursus ialah RM900 sahaja, tetapi untuk keluaraga ahli diberi 50% potongan menjadi RM450 sahaja dengan 3 kali bayaran ansuran. Bagi yang membayar sekali gus potongan RM50 diberikan.
Keterangan lanjut hubungi:-
Akademi Silat Cekak Hanafi ( 03-4251 0651) En. Nor Azlan Shah b Abdul Gaffor ( 013-2161357 ) En. Mohd Azua b Mohd Zain ( 013-3531242 ) atau emel pada pej_urusan@cekakhanafi.com
Yuran Kursus hendaklah dibayar terus ke akaun:- Silat Cekak Hanafi Sdn. Bhd. (Akaun RHB: 21413 8001 08664)
Sila fakskan slip bayaran ke no.:- 03-4251 0676 atau ‘scan’ & emel kepada:- pej_urusan@cekakhanafi.com
Kepada yang berminat, emelkan kepada cekakhanafiuniten@yahoo.com untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang akan diemelkan kepada anda semula.
Pada 17 Oktober yang lalu, seramai 11 orang ahli Silat Cekak Hanafi Uniten bersama rakan-rakan dari KLIUC telah menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.Majlis kali ini nampak agak meriah dan sarat dengan aktiviti yang telah mengeratkan silaturrahim sesama ahli dari seluruh negara khususnya disekitar Lembah Klang. Kami mula berkumpul di stesen bas Perpustakaan uniten dan mula bertolak lewat sedikit dari yang dirancang iaitu pada jam 6.48 minit petang berikutan Saudara Faiz yang ingin mengisi minyak motornya dahulu. Kemudian kami mula bertolak menaiki motor beramai-ramai dan satu buah kereta mengikuti dibelakang iaitu rakan dari KLIUC. Kami adalah team pertama yang sampai iaitu jam 7.45 malam sedangkan acara akan bermula pada jam 8malam. Sungguh tepati masa ahli-ahli kita ini. Semoga ini akan berterusan di masa akan datang. Sungguhpun mereka datang 15 minit awal malangnya mereka masih lagi tidak boleh menjamu selera kerana acara belum dimulakan hinggalah jam 8.45 malam. Kami mula bertolak pulang pada jam 11 malam.
Sebarang petanyaan, aduan,cadangan dan kritikan sila emailkan kepada:
cekakhanafiuniten@yahoo.com
Pengambilan AHLI BARU
Kepada rakan sahabat yang mempunyai saudara mara atau sahabat handai yang ingin menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia boleh mendaftarkan nama mereka untuk Pengambilan Kelas Ibu Pejabat ( Rumah Persatuan) mulai dari sekarang, Sila berhubung dengan Pengurus Persatuan ditalian 03-4108 3813.
Untuk daftar melalui SMS: Sila taip SCH DAFTAR NAMA TEMPAT. Cth: SCH DAFTAR AHMAD BIN ALI KUALA LUMPUR dan hantar ke 33733.
Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah
Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Tenaga Nasioanl adalah salah satu persatuan yang telah lam bertapak di UNITEN. Berpusat di Tingkat 3 Blok BM, disitulah segala perincian mengenai persatuan tercinta ini dirangcang... mempunyai ahli dalam lingkungan seramai 105 orang, persatuan ini bergerak dengan jentera pentadbiran yang diketuai oleh Yang Dipetua dan dibantu oleh Naib Yang Dipertua.
Apa yang anda dapat tahu tentang kami:
1.)Kelas Latihan Persilatan adalah setiap hari Isnin dan Rabu jam 9.00 malam di Mini Stadium Uniten.
2.)Bergerak sebagai jentera Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
3) Mengembangkan ilmu persilatan melayu Khususnya Silat Cekak Hanafi kepada semua warga UNITEN
4.)Ada juga menjalankan aktiviti diluar persilatan seperti , makan malam, acara sukan, program riadah dan kepimpinan dan lain-lain.
Jadi jemputlah menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Tenaga Nasional.
Bersamalah kita meriah blog ini.
"Hidup Cekak Hanafi!!"
Blog ini merupakan pusat perhubungan antara para ahli,alumni dan ahli-ahli lain dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz hanafi Uniten. Blog ini akan menceritakan segala bentuk perkembangan mengenai Persatuan sama ada dari segi Formal mahupun tidak formal. InsyaAllah blog ini akan diUpdate setiap hujung minggu. Bersama-samalah kita mengeratkan kembali muhibah sesama kita tanpa mengira peringkat kita dalam persilatan. Sesungguhnya perpaduan itu akan mengukuhkan hubungan dan persatuan kita selamanya. Amin